Tuesday, 21 July 2015

Menambah pendapatan

Adakah anda seringkali dihantui perasaan ingin meningkatkan pendapatan anda? Pasti ada bukan. Banyak cara untuk menambah pendapatan tetapi anda sendiri tidak tahu yang mana sesuai atau mungkin anda takut anda tidak mampu melakukannya. 
Perasaan takut ini selalu diarasai oleh mereka yang telah berada di zon selesa seperti pekerja kerajaan. Takut untuk mencuba, atau mungkin juga terikat dengan undang - undang penjawat awam. 
Seharusnya kita mencuba dahulu bersungguh - sungguh. Kalau tak berjalan manakan sampai puncaknya.  Kalau tak ditabur benih masakan dapat dituai hasilnya. 
Keseronokan selalunya akan datang dengan sendiri. Perasaan malas, malu atau segan akan gugur sedikit demi sedikit seiring perjalanan kita dalam mencari kejayaan yang diimpikan. 
Sebagai peniaga pasti takut berhadapan orang ramai untuk kali pertama, namun untuk kali seterusnya pasti akan lebih baik asalkan kita terus meniti perjalanan hidup. 
Disamping itu perkukuhkan ilmu yang ada agar perjalanan kita itu lebih selamat dan lebih terjamin. Berniaga dengan ilmu adalah lebih menyeronokkan dan saya pasti dengan itu. 
Yang paling penting sekali adalah kesabaran dan ketekunan. Ini adalah yang paling sukar didapati dalam diri individu. Tanamkan rasa seronok, sedar tak sedar kita akan jadi tekun dan pasti ketekunan akan membuahkan hasil yang diimpikan. 
Jangan malu bertanya dari orang yang telah berjaya. Pepatah mengatakan malu bertanya sesat jalan. Bertanya juga akan mencepatkan proses berbanding kita mengkaji sendiri. Tanyalah, orang yang benar - benar berjaya pasti tidak akan lokek berkongsi dengan anda. Bahkan mereka pasti lebih teruja untuk berkongsi kerana itu adalah perjalanan hidup mereka sendiri. Anda mungkin bole mendapat pengetahuan tentang sesuatu dalam satu minit dengan bertanya berbanding satu tahun mencari sendiri. Nah, bukankah itu lebih baik. 

No comments:

Post a Comment