Tuesday, 21 July 2015
Pandangan Anda
Apa pandangan anda mengenai hal - hal yang menyentuh sensitiviti perkauman di Malaysia baru - baru ini?
Menambah pendapatan
Adakah anda seringkali dihantui perasaan ingin meningkatkan pendapatan anda? Pasti ada bukan. Banyak cara untuk menambah pendapatan tetapi anda sendiri tidak tahu yang mana sesuai atau mungkin anda takut anda tidak mampu melakukannya.
Perasaan takut ini selalu diarasai oleh mereka yang telah berada di zon selesa seperti pekerja kerajaan. Takut untuk mencuba, atau mungkin juga terikat dengan undang - undang penjawat awam.
Seharusnya kita mencuba dahulu bersungguh - sungguh. Kalau tak berjalan manakan sampai puncaknya. Kalau tak ditabur benih masakan dapat dituai hasilnya.
Keseronokan selalunya akan datang dengan sendiri. Perasaan malas, malu atau segan akan gugur sedikit demi sedikit seiring perjalanan kita dalam mencari kejayaan yang diimpikan.
Sebagai peniaga pasti takut berhadapan orang ramai untuk kali pertama, namun untuk kali seterusnya pasti akan lebih baik asalkan kita terus meniti perjalanan hidup.
Disamping itu perkukuhkan ilmu yang ada agar perjalanan kita itu lebih selamat dan lebih terjamin. Berniaga dengan ilmu adalah lebih menyeronokkan dan saya pasti dengan itu.
Yang paling penting sekali adalah kesabaran dan ketekunan. Ini adalah yang paling sukar didapati dalam diri individu. Tanamkan rasa seronok, sedar tak sedar kita akan jadi tekun dan pasti ketekunan akan membuahkan hasil yang diimpikan.
Jangan malu bertanya dari orang yang telah berjaya. Pepatah mengatakan malu bertanya sesat jalan. Bertanya juga akan mencepatkan proses berbanding kita mengkaji sendiri. Tanyalah, orang yang benar - benar berjaya pasti tidak akan lokek berkongsi dengan anda. Bahkan mereka pasti lebih teruja untuk berkongsi kerana itu adalah perjalanan hidup mereka sendiri. Anda mungkin bole mendapat pengetahuan tentang sesuatu dalam satu minit dengan bertanya berbanding satu tahun mencari sendiri. Nah, bukankah itu lebih baik.
Thursday, 16 July 2015
Selamat Syawal
Bila tibanya hujung Ramadhan, mall dan supermarket pasti meriah menerima kunjungan. Di Malaysia tak kira bangsa semua berkongsi kemeriahan dan potongan harga yang ditawarkan tapi yang pastinya umat islam lah yang paling ramai.
Tertanya - tanya perlukah semuanya serba baru dibeli hinggakan ada yang sanggup berbelanja melebihi kemampuan.
Yang paling gembira semasa bershopping tentulah anak - anak. Penjenayah juga mungkin akan menggunakan peluang pada musim ini. Awasi anak - anak anda semasa di luar. Orang ramai di sesuatu tempat tidak menjanjikan anak anda selamat. Keselamatan mereka dari aspek yang tidak berkaitan dengan jenayah juga penting. Junior yang masih belum mengenal erti bahaya ini memerlukan pengawasan kita yang sedikit lebih bagi membantu mereka belajar mematangkan diri dan hidup.
Dalam keseronokan berbelanja, adakalanya juga bole mendatangkan tekanan kepada ibu bapa dengan kerenah anak - anak. Anak - anak lebih selesa membawa haluan sendiri, jenuh ibu bapa ke sana ke mari mengikut mereka kerana risau hilang dari pandangan. Nasihat saya jangan dimarahi mereka kerana mereka pun mungkin masa ini tengah seronok. Kalau dimarahi habislah mood mereka. Bila mereka nangis kuat - kuat, mood kita pun terus ikut tak ok.
Nak senang letak dalam troli, tapi masalah pula bila pasaraya tak ada troli atau tak benarkan guna troli.
Tuesday, 9 June 2015
Pemantauan Unit Luaran (Outdoor Unit)
Pastikan unit luaran penyaman udara diperiksa dari semasa ke semasa terutamanya jika kedudukannya di tempat yang tinggi. Periksa keadaan bracket dan penutup (cover). Penutup yang reput dan bracket yang kurang kemas boleh mengundang bencana dan amat berbahaya terutamanya kepada orang lain yang berada di bawah.
Bolt dan nut pada bracket boleh menjadi kurang kemas seiring dengan usia dek kerana getaran yang dihasilkan oleh unit luaran. Lama kelamaan tidak mustahil nut boleh tertanggal dan unit akan jatuh ke bawah. Begitu juga lantai / tapak yang menampung pemampat (compressor) yang reput juga boleh menyebabkan komponen itu jatuh. AWAS!!!
Monday, 1 June 2015
Permulaan yang panjang...
Hari ni terfikir untuk menulis. Cuma x pasti nak menulis berkenaan apa. Hmmmm...
Subscribe to:
Posts (Atom)